Ahad, 28 April 2019 | 12:15am
- Foto Hiasans

Kostum Darth Vader mampu dilelong hingga RM8.27 juta

LOS ANGELES: Seorang lelaki yang membuat penampilan sebagai Darth Vader di tayangan sulung filem dan konvensyen peminat akan menjual kostum yang dibuat pada 1979 oleh pasukan rekaan “Star Wars” di sebuah lelongan koleksi filem klasik, bulan depan, menurut agensi pelelong Bonhams.

Kostum 17 set itu termasuk topeng, kasut, jubah dan seluar, menurut agensi pelelong terbabit yang menjangkakan semua objek berkenaan mampu dijual antara AS$1 juta (RM4.13 juta) hingga AS$2 juta (RM8.27 juta).

Penjual itu adalah Bryce “Kermit” Eller, suara garau beliau membolehkannya mendapat kerja membuat penampilan sebagai Vader di tayangan sulung, menandatangani buku, konvensyen dan Anugerah Academy 1978.

Kostum yang bakal dilelong itu adalah salah satu pakaian Vader yang dibuat pada 1979 oleh pasukan pereka kostum Star Wars, John Mollo di London untuk filem “The Empira Strikes Back”, kata Bonhams.

Komponen pakaian itu diperbuat daripada kulit, benang, sutera, gentian fiber dan beberapa bahan lain, kata Eller.

“Ia amat panas. Kamu ada beberapa lapisan. Pemakaiannya memerlukan masa 25 minit dan kamu memerlukan pembantu,” kata Eller. - Reuters

Berita Harian X