Jumaat, 3 Mei 2019 | 1:37am
Seramai 20 orang tampil untuk mencabar Presiden Donald Trump yang berkemungkinan terpilih menjadi calon Republikan. - Foto AFP

20 Demokrat AS berebut pencalonan presiden 2020

WASHINGTON: Parti Demokrat memecah rekod dalam era politik moden Amerika Syarikat (AS) selepas merekodkan jumlah calon tertinggi yang berebut pencalonan presiden parti itu untuk pilihan raya 2020.

Seramai 20 orang tampil untuk mencabar Presiden Donald Trump yang berkemungkinan terpilih menjadi calon Republikan.

Mereka termasuk enam senator, enam wanita termasuk golongan berkulit hitam, seorang Hispanik dan beberapa calon yang mengaku homoseks secara terbuka.

Ada beberapa calon sudah mendapat sambutan, sementara yang lain masih melihat peluang untung menang. Selain Demokrat, dua ahli Republikan juga bersaing untuk mendapat pencalonan parti masing-masing.

Antara calon 10 teratas Demokrat termasuk Joe Biden, Bernie Sanders, Elizabeth Warren, Pete Buttgieg, Kamala Harris, Beto O’Rourke, Amy Klobuchar, Andrew Yang dan Julian Castro. - Reuters

385 dibaca
Berita Harian X