Rabu, 15 Mei 2019 | 9:38am
Hasil kerja yang terjual di Sotheby’s adalah antara lukisan Monet paling terkenal. - Foto AFP

Lukisan Monet cecah RM462 juta, pecah rekod lelongan

NEW YORK: Siri lukisan ‘Meules’ yang dihasilkan Claude Monet, dijual pada harga AS$110.7 juta (RM462 juta) di New York semalam dalam rekod lelongan bagi pelukis kelahiran Perancis itu.

Jualan di Sotheby’s, kali pertama hasil kerja itu dilelong sejak 1986, mencecah satu daripada 10 harga tertinggi pernah dilihat pada acara lelongan.

Secara keseluruhan, termasuk yuran dan komisen, adalah 44 kali lebih tinggi berbanding rekod sebelumnya untuk lukisan.

Monet melukis 25 siri ‘Meules’ pada musim sejuk 1890 hingga 1891 di rumahnya di Giverny, wilayah Normandy di Perancis.

Dalam setiap lukisan, Monet menunjukkan cahaya dan persekitaran sama ketika ia berubah pada masa berbeza hari berkenaan, dengan pelbagai musim dan ketika pelbagai jenis cuaca.

Satu lagi lukisan bersiri dijual pada November 2016 oleh pusat lelongan Christie’s di New York pada harga AS$81.4 (RM340 juta).

Hasil kerja yang terjual di Sotheby’s adalah antara lukisan Monet paling terkenal. - AFP

224 dibaca
Berita Harian X