Ahad, 9 Jun 2019 | 8:40am
Rihanna. - Foto AFP

Rihanna, Jameel bercuti di Itali bersama keluarga

LONDON: Penghibur dan pemuzik wanita terkaya di dunia, Rihanna, yang juga pemilik Fenty Beauty dilihat bercuti bersama kekasihnya, Hassan Jameel, 30 ditemani keluarga di Itali, Rabu lalu.

Pasangan yang hangat diperkatakan sejak 2017 itu dilihat menaiki bot dan menikmati makan tengah hari di restoran mewah, Lo Scoglio di bandar Nerano yang terletak di Pantai Amalfi.

Mereka mula dikaitkan pada 2017 namun cukup berhati-hati dalam memastikan hubungan cinta itu tidak terlalu didedahkan dan diganggu media.

Penyanyi yang mula popular dengan lagu ‘Umbrella’ itu dilihat cukup mesra dan selesa bersama serta menawan mengenakan gaun mini beropol ringkas berwarna putih.

Hartawan Arab Saudi, Jameel adalah Timbalan Presiden dan Naib Pengerusi syarikat milik keluarganya, Abdul Latif Jameel Company.

Keluarga kekasih Rihanna itu adalah antara keluarga yang terkaya di dunia Arab. - Agensi

645 dibaca
Berita Harian X