Jumaat, 28 Jun 2019 | 8:37am
GAMBAR fail, Ketua reka bentuk Apple, Jony Ive (kiri) mengatakan sesuatu kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple, Tim Cook pada jenama telefon iPhone XR di Steve Jobs Theatre di Cupertino, California pada September tahun lalu. - Foto AFP
GAMBAR fail, Ketua reka bentuk Apple, Jony Ive (kiri) mengatakan sesuatu kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple, Tim Cook pada jenama telefon iPhone XR di Steve Jobs Theatre di Cupertino, California pada September tahun lalu. - Foto AFP

Pereka bentuk Apple letak jawatan tubuh firma sendiri

SAN FRANCISCO: Ketua reka bentuk Apple sejak sekian lama, Jony Ive, yang berperanan penting dalam penghasilan iPhone dan produk ikonik lain, akan meninggalkan gergasi teknologi itu untuk menubuhkan syarikat sendiri, kata firma itu semalam.

Ive akan meletak jawatan lewat tahun ini untuk menubuhkan syarikat reka bentuk bebas yang akan mengambil kira Apple sebagai antara pelanggan utamanya, kata Apple dalam kenyataan.

Ive akan meneruskan projek peribadi tetapi juga akan terus bekerjasama dalam pelbagai projek dengan Apple, kata syarikat beribu pejabat di California itu.

“Jony ialah tokoh tunggal dalam dunia reka bentuk dan peranannya dalam kebangkitan Apple tidak boleh diperbesar-besarkan, daripada penghasilan baru iMac pada 1998 kepada iPhone dan cita-cita mengenai Apple Park, beliau mengerah banyak tenaga dan perhatiannya.

“Apple akan terus mendapat manfaat daripada bakat Jony dengan bekerja secara langsung dengannya dalam projek eksklusif dan menerusi kerja cemerlang berterusan dan pasukan reka bentuk bersemangat yang dibentuknya,” kata ketua eksekutif firma itu, Tim Cook.

Beliau menambah: “Selepas banyak tahun bekerja rapat bersama-sama, saya gembira kerana hubungan kami terus berkembang dan saya tidak sabar bekerja dengan Jony pada tempoh panjang pada masa depan.”

Dilahirkan di Britan, Ive menyertai Apple pada 1992 dan mereka bentuk iPod, iPhone, iPad dan Macbook selain sistem perisian iOS bagi peranti Apple. — AFP

Berita Harian X