Rabu, 10 Julai 2019 | 5:54pm
PENYANYI Beyonce. - Foto AFP

Beyonce sertai tayangan perdana The Lion King

LOS ANGELES: Penyanyi Beyonce mengetuai barisan bintang yang menyumbangkan suara untuk ‘The Lion King’, di permaidani merah semalam pada tayangan perdana pembikinan semula filem terbitan Disney pada 1994 itu.

Menggambarkan pemandangan indah Afrika, plot filem baru itu sama dengan animasi asal pemenang Oscar, mengenai anak singa bernama Simba, yang melarikan diri selepas bapa saudaranya yang jahat, Scar, merancang mengambil alih tempat bapanya, Mufasa, sebagai raja.

Pelakon Donald Glover menjadi suara Simba yang semakin membesar, manakala Beyonce meminjamkan suara untuk watak rakannya, Nala.

Pelakon lain termasuk Chiwetel Ejiofor (Scar), Seth Rogen (Pumbaa) dan James Earl Jones, yang turut menjadi suara Mufasa pada 1994.

“Saya cuma dengan apa yang Beyonce ajar saya.

“Jarang anda dapat peluang bekerjasama dengan seseorang seperti Beyonce,” kata Glover mengenai pemenang Anugerah Grammy itu.

‘The Lion King’, serta-merta mendapat sambutan penonton di seluruh dunia ketika ia ditayangkan dahulu.

Pembikinan semula ‘The Lion King’, yang memulakan tayangan di China Jumaat ini sebelum disiarkan di negara lain minggu depan, menyusul versi baru ‘Aladdin’ dan ‘Dumbo’.

Ia diarahkan Jon Favreau, yang juga mengarah filem pembikinan semula ‘The Jungle Book’ pada 2016. — Reuters

Berita Harian X