Rabu, 10 Julai 2019 | 7:51pm
Bintang Holyywood, Rip Torn meninggal dunia pada usia 88 tahun. - Foto Reuters

Rip Torn meninggal dunia pada usia 88 tahun

NEW YORK: Bintang Hollywood, Rip Torn yang pernah berlakon dalam drama siri ‘The Larry Sander Show’ dan filem blockbuster ‘Men In Black’ meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Menurut media tempatan, Torn meninggal dunia di kediamannya di Lakeville di Connecticut sambil dikelilingi keluarganya.

Dilahirkan pada 1931, beliau pernah berlakon beberapa filem seperti Sweet Bird of Youth (1959), Cross Creek (1984) sehingga diletakkan dalam barisan pencalonan Oscar.

Selain itu, beliau juga terbabit dengan siri animasi Disney iaitu ‘Hercules’ dengan watak Zeus.

Sementara itu, Will Smith mengucapkan ucapan takziah kepada keluarganya dengan menyiarkan gambarnya bersama Torn dalam adegan filem ‘Men In Black’ dengan mesej R.I.P. - AFP

471 dibaca
Berita Harian X