Ahad, 4 Ogos 2019 | 7:02am
Imej CCTV diperoleh saluran berita KTSM 9 menunjukkan penembak dikenali sebagai Patrick Crusius, 21, memasuki gedung Cielo Vista Walmart di El Paso, semalam. -Foto AFP
Imej CCTV diperoleh saluran berita KTSM 9 menunjukkan penembak dikenali sebagai Patrick Crusius, 21, memasuki gedung Cielo Vista Walmart di El Paso, semalam. -Foto AFP

Hampir 20 dikhuatiri maut, insiden tembakan di Texas

EL PASO: Seorang lelaki bersenjatakan raifal melepaskan tembakan rambang ke arah pengunjung di sebuah gedung sesak Walmart semalam, dilaporkan membunuh sekurang-kurangnya 15 orang dalam insiden tembakan besar-besaran di Amerika Syarikat (AS).

Walaupun skala sebenar tragedi di Texas di sini masih tidak diketahui, saluran televisten meletakkan angka yang maut antara 15 dan 20 orang sementara anggota paramedik dilaporkan merawat puluhan mangsa.

Selepas bercakap dengan Gabenor Texas, Presiden Donald Trump menulis di Twitter bahawa ‘laporan amat menyedihkan, ramai terbunuh’ sementara beberapa Demokrat yang berhasrat mengalahkan beliau dalam pilihan raya tahun depan berkata, sudah terlalu lewat untuk menangani ‘epidemik’ keganasan senjata.

Pengunjung gedung Walmart, Kendall Long (kiri), menenangkan Kianna Long (kanan) ketika insiden tembakan di El Paso, Texas, semalam. -Foto EPA
Pengunjung gedung Walmart, Kendall Long (kiri), menenangkan Kianna Long (kanan) ketika insiden tembakan di El Paso, Texas, semalam. -Foto EPA

Ia adalah insiden tembakan kedua membawa maut dalam tempoh kurang seminggu di gedung Walmart, AS dan berlaku selepas insiden tembakan besar-besaran di California hujung minggu lalu.

Menurut polis, seorang suspek sudah ditahan.

Rakaman menerusi kamera telefon menunjukkan mayat terbaring di kawasan parkir gedung itu sementara pihak berkuasa di sini membuat rayuan terdesak supaya orang ramai menderma darah.

Rakaman lain menunjukkan pengunjung yang ketakutan berlari keluar dari gedung itu ketika bunyi tembakan kedengaran.

Walaupun polis menahan mengumumkan angka sebenar yang maut, saluran NBC melaporkan 19 terbunuh manakala 40 cedera. CBS pula memetik Peguam Negara Texas sebagai berkata, antara 15 dan 20 orang maut sementara sumber penguat kuasa undang-undang memberitahu ABC News, sekurang-kurangnya 18 terbunuh. -Reuters

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X