Isnin, 5 Ogos 2019 | 8:12am
Bendera AS diarah dikibar separuh tiang di Rumah Putih sebagai menghormati mangsa susulan insiden tembakan besar-besaran di El Paso dan Dayton semalam. -Foto Reuters

Trump arah bendera AS dikibar separuh tiang 5 hari

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengarahkan bendera di semua bangunan kerajaan dikibarkan separuh tiang semalam untuk lima hari akan datang sebagai tanda berkabung untuk mangsa dua pembunuhan besar-besaran di negara itu.

“Negara kita berkabung dengan keluarga mangsa yang dibunuh dalam insiden tembakan tradik di El Paso, Texas dan Dayton, Ohio.

“Kita berkongsi kesakitan dan penderitaan mereka yang cedera dalam dua serangan tanpa perikemanusiaan ini,” katanya dalam pengisytiharan presiden.

Trump mengarahkan bendera AS dikibarkan separuh tiang di Rumah Putih dan semua bangunan awam sehingga 8 Ogos.

“Sebagai tanpa menghormati mangsa tindakan keganasan ini, saya mengarahkan bendera AS dikibarkan separuh tiang di Rumah Putih serta bangunan awam dan padang sehingga matahari terbenam 8 Ogos,” katanya. -AFP

1731 dibaca
Berita Harian X