Sabtu, 10 Ogos 2019 | 8:34am
Bintang realiti televisyen transgender pertama dunia, Miriam Rivera.

Bintang realiti transgender pertama dunia ditemui mati

NEW YORK : Bintang realiti televisyen transgender pertama dunia, Miriam Rivera ditemui mati pada usia 38 tahun dalam keadaan mencurigakan.

Walaupun punca kematian mendiang masih misteri, suaminya, Daniel Cuervo yang berpangkalan di New York mengesyaki bahawa isterinya itu menemui ajal akibat perbuatan khianat.

Cuervo dalam kenyataan kepada Daily Mail Australia semalam berkata, beliau percaya isterinya ‘digambarkan’ seolah-olah membunuh diri selepas enggan menerima tawaran sebagai pelacur.

“Pada pagi 5 Februari tahun ini, Miriam menghubungi saya di New York dari Mexico, memberitahu beliau dalam keadaan sakit dan muntah darah, jadi saya meminta isteri saya itu segera ke hospital.

“Miriam menghubungi saya sekali lagi sebelum meninggalkan hospital pada jam 12 tengahari (waktu tempatan) dan itu adalah kali terakhir kami berbual,” katanya mengimbas kembali hari Miriam ditemui mati, awal tahun ini.

Pada jam 2 petang hari yang sama, Miriam ditemui mati tergantung di kediamannya di Hermosillo, Mexico.

Menurut Cuervo, beliau berusaha mendapatkan kebenaran untuk menerbangkan mayat isterinya ke New York sebaik mengetahui Miriam meninggal dunia namun diberitahu, mayat mendiang sudah dibakar. sekali gus tidak memungkinkan ia melalui proses bedah siasat.

“Seorang lelaki tidak dikenali menghubungi saya ketika saya cuba menguruskan pengebumian Miriam dan berkata, jangan datang ke Mexico atau kamu juga akan dibunuh,” katanya.

Rakan karib mendiang, Jeanett Ørtoft turut menyuarakan pendapat yang sama dan mengesyaki kematian Miriam berpunca daripada perbuatan khianat. - Agensi

7148 dibaca
Berita Harian X