Ahad, 11 Ogos 2019 | 9:27am
FOTO hiasan.

Lima maut, empat parah kumpulan bersenjata serang kelab

SAO PAULO : Lima orang maut manakala empat yang lain cedera parah selepas sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu sebuah kelab di bandar Mostardas, selatan Brazil sebelum subuh semalam dan melepaskan tembakan rambang.

Menurut media tempatan, kesemua anggota kumpulan itu menutup muka masing-masing menggunakan topeng dan turut mengambil barang kepunyaan mangsa seperti telefon bimbit serta dompet sebelum melarikan diri.

Polis dalam satu kenyataan berkata, kesemua mangsa yang maut dan cedera tidak memiliki sebarang rekod jenayah.

“Mangsa yang cedera dibawa ke hospital di Porto Alegre iaitu ibu negeri Rio Grande do Sul, kira-kira 220 kilometer dari lokasi kejadian,” kata kenyataan itu lagi.

Tiada sebarang maklumat terkini diterima berhubung motif dan sehingga lewat malam tadi, polis masih belum membuat sebarang tangkapan.

Pada Mei lalu, 11 orang maut diserang kumpulan bersenjata di sebuah bar di Belem, utara Brazil. - Reuters

Berita Harian X