Selasa, 13 Ogos 2019 | 9:34am
Dango Nguyen.

Aktor Walking Dead meninggal dunia

GEORGIA : Aktor yang membintangi siri televisyen popular, Walking Dead, Dango Nguyen meninggal dunia pada usia 48 tahun semalam, selepas sekian lama bertarung melawan penyakit kanser.

Berita menyedihkan itu diumumkan pejabat lamanya, Jabatan Bomba dan Kecemasan Athens-Clarke di Georgia di akaun Facebook mereka.

“Dango berkhidmat sebagai sarjan dengan jabatan kami sebelum meninggalkan kerjaya ini untuk menyertai industri hiburan sebagai pelakon.

“Beliau bertugas selama 20 tahun sebelum memilih untuk bertukar arah. Sekali berkhidmat sebagai anggota bomba, selamanya anda adalah keluarga kami.

“Dango adalah ahli keluarga kami yang sangat terkenal,” kata hantaran itu.

Kerjaya mendiang bermula sebagai seorang ahli gusti bersama legenda WWE, Rob Van Dam sebelum meninggalkan arena itu untuk membina keluarga.

Jabatan Bomba Athens-Clarke berkata, mendiang akan diingati sebagai seorang anggota yang memiliki kekuatan dan ketahanan luar biasa, serta sering bertindak pantas.

Mendiang meninggalkan seorang isteri dan beberapa orang anak. - Agensi

Berita Harian X