Khamis, 29 Ogos 2019 | 7:56am
Topi keledar yang dipakai watak jahat Darth Vader dalam siri Star Wars, ‘The Empire Strikes Back’, adalah antara koleksi khazanah berharga Hollywood yang akan dilelong bulan hadapan. - Foto AFP

Topi Darth Vader antara khazanah Hollywood bakal dilelong

LOS ANGELES: Topi keledar yang dipakai watak jahat Darth Vader dalam siri Star Wars, ‘The Empire Strikes Back’, adalah antara koleksi khazanah berharga Hollywood yang akan dilelong bulan hadapan.

Pakar menjangka ia boleh terjual pada harga mencecah hampir , AS$500,000 (RM2.1 juta).

Topeng dan topi keledar itu adalah antara dipakai aktor David Prowse, yang memegang watak musuh Luke Skywalker dan juga bapanya dalam siri pecah panggung itu pada 1980, menjadikan ia artifak fiksyen sains amat berharga, kata penganjur lelongan.

“Anggaran katalog adalah

AS$250,000 hingga AS$450,000 (RM1.05 juta hingga RM1.8 juta), dan anda tidak tahu apa akan berlaku sehingga melepasi halangan dan ia mungkin lebih daripada itu.

“Star Wars memang popular. Ia tidak pernah kelihatan menarik lebih daripada sekarang, dengan francais terus kukuh seperti dahulu,” kata jurucakap penganjur lelongan, Profiles in History, Zach Pogemiller.

Lelongan ‘Icons and Legends od Hollywood’ akan diadakan pada 25 dan 26 September ini di Los Angeles dengan hampir 1,000 barangan dijangka terjual pada harga lebih AS$10 juta (RM42 juta).

Barangan berharga lain termasuk baju hitam putih yang dipakai pelakon Judy Garland dalam filem klasik ‘The Wizard of Oz’, dan yang dijangka menarik perhatian adalah gaun yang dipakai Kate Winslet dalam filem Titanic. — AFP

Berita Harian X