Sabtu, 7 September 2019 | 12:19pm
Ombak yang mengganas di Rodanthe Pier akibat Taufan Dorian yang melanda Cape Hatteras, Carolina. - Foto AFP

Korban Taufan Dorian kini 43 orang

MARSH HARBOUR: Angka korban Taufan Dorian di Bahamas kini mencecah 43 orang dan dijangka terus meningkat, kata media semalam.

Rangkaian berita AS, CNN dan akhbar Bahamas, The Tribune berkata, Menteri Kesihatan, Duane Sands mengesahkan angka terbaru itu.

Terdahulu, 30 dilaporkan terkorban manakala ratusan lagi masih hilang.

“Jumlah 43 korban adalah angka rasmi terkini bencana ini, selain ramai yang masih hilang. Apa yang pasti jumlah korban dijangka akan terus meningkat,” kata jurucakap Perdana Menteri Hubert Minnis, Erica Wells Cox kepada NBC News. - AFP


Seorang lelaki berjalan di antara kemusnahan rumah akibat Taufan Dorian melanda Kepulauan Abaco di Marsh Harbour, Bahamas. - Foto REUTERS

Berita Harian X