Rabu, 11 September 2019 | 1:13am
Mandatory Credit: Photo by Richard Drew/AP/REX/Shutterstock (9484480b)The logo for Facebook appears on screens at the Nasdaq MarketSite, in New York's Times SquareFinancial Markets Wall Street Facebook, New York, USA - 29 Mar 2018

Facebook haram imej cederakan diri sendiri

CALIFORNIA: Facebook Inc tidak lagi membenarkan imej grafik mencederakan diri sendiri di rangkaiannya ketika ia mengetatkan dasar mengenai kandungan bunuh diri.

Ia susulan kritikan semakin memuncak mengenai cara syarikat media sosial mengawal kandungan ganas dan berpotensi menjadi bahaya.

Rangkaian sosial itu juga berkata hari ini, kandungan berkaitan mencederakan diri sendiri kini akan menjadi lebih sukar dicari di Instagram dan akan memastikan ia tidak kelihatan seperti dicadangkan dalam bahagian Explore pada aplikasi perkongsian gambar itu.

Kenyataan Facebook dibuat pada Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia dan menyusul kenyataan Twitter bahawa kandungan berkaitan mencederakan diri tidak lagi akan dilaporkan sebagai penghinaan dalam usaha mengurangkan stigma berkisarkan bunuh diri.

Kira-kira lapan juta orang membunuh diri setiap tahun, atau seorang setiap 40 saat, menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Facebook mempunyai sepasukan moderator yang meneliti kandungan seperti tindakan ganas yang disiarkan secara langsung selain bunuh diri.

Kerajaan seluruh dunia bergelut berhubung cara lebih baik mengawal kandungan di media sosial, selalunya disalahkan kerana menggalakkan penderaan, penyebaran pornografi dalam talian dan mempengaruhi atau memanipulasi pengundi.

Bulan lalu, Amazon.com Inc memberitahu Reuters ia bercadang mempromosikan nombor talian bantuan kepada pelanggan yang bertanya di laman webnya mengenai bunuh diri, selepas pencarian mencadangkan pengguna mencari tali gantung dan produk lain yang membahayakan.

Alphabet Inc’s Google, Facebook dan Twitter sudah pun mengeluarkan nombor talian bantuan sebagai reaksi kepada pertanyaan pengguna membabitkan perkataan ‘bunuh diri’. — Reuters

274 dibaca
Berita Harian X