Khamis, 7 November 2019 | 10:02am
JUSTEN Hall

Lelaki cekik wanita hingga mati terima suntikan maut

TEXAS: Seorang lelaki tempatan dijatuhkan hukuman mati menggunakan suntikan maut semalam, 14 tahun selepas disabitkan dengan kesalahan mencekik seorang wanita hingga mati, bagi mengelakkan rahsia sindiket dadahnya terbongkar.

Menurut kenyataan Jabatan Jenayah Texax, Justen Hall, 38 disahkan mati pada jam 6.32 petang (waktu tempatan) di kamar akhir di Hunstville,

Dia disabitkan dengan kesalahan membunuh dan dijatuhkan hukuman mati pada 2005, selepas mencekik Melanie Billhartz, tiga tahun sebelum itu.

Menurut rekod mahkamah berhubung kes terbabit, Hall dan beberapa anggota sindiket menanam mayat mangsa di New Mexico.

Pusat Penerangan Hukuman Mati memberitahu, tertuduh adalah banduan ke-19 di Amerika Syarikat (AS) dan kelapan di Texas yang menjalani hukuman mati tahun ini.

Texas adalah negeri paling banyak melaksanakan hukuman mati sejak Mahkamah Agung AS mengembalikan semula hukuman mati pada 1976.

Pada lewat Isnin, Dakota Selatan melaksanakan hukuman mati ke atas seorang lelaki yang disabitkan dengan kesalahan menikam sehingga mati seorang pekerja kedai donat dalam satu rompakan pada 1992. - Reuters

Berita Harian X