Sabtu, 9 November 2019 | 11:05am
KEADAAN bumbung Universiti Pedro Valdivia yang terbakar di Santiago. - Foto AFP

Penunjuk perasaan Chile bakar universiti, geledah gereja

SANTIAGO: Penunjuk perasaan di Chile membakar bangunan universiti dan menggeledah gereja semalam pada akhir perhimpunan aman menandakan minggu ketiga bantahan tidak pernah dilakukan menentang ketidakadilan sosial dan ekonomi.

Penunjuk perasaan bertempur dengan polis yang mendirikan sekatan untuk melindungi Universiti Pedro Valdivia, dan sejurus kemudian bumbung kayu bangunan pentadbiran berusia 100 tahun itu mula dibakar, kata saksi.

Pasukan bomba sukar sampai di lokasi kebakaran kerana penunjuk perasaan.

Di kawasan berhampiran, penunjuk perasaan yang memakai hud menggeledah gereja La Asuncion, yang dibina pada 1876, mengheret keluar perabot dan membakarnya.

Puluhan ribu penduduk sebelum ini berarak memasuki Plaza Italia, yang menjadi lokasi tunjuk perasaan penduduk yang marah berhubung gaji rendah, kos tinggi bagi pendidikan dan penjagaan kesihatan dan sistem sosio-ekomomi yang dilihat menyebelahi golongan kaya.

Ketegangan menyaksikan 20 kematian.

Dalam perarakan besar ketiga itu, mereka menamakan semula dataran itu sebagai ‘Dignity Plaza’.

Pada waktu malam, penunjuk perasaan menyekat jalan raya berhampiran pusat beli belah mewah yang dianggap simbol pemodenan, kemakmuran Chile dan mendirikan halangan. — AFP

Berita Harian X