Sabtu, 21 Disember 2019 | 9:39am

Tentera Laut AS haram aplikasi TikTok

WASHINGTON: Awal minggu ini Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) mengharamkan aplikasi TikTok di dalam semua peranti mudah alih milik kerajaan, mendakwa aplikasi video ringkas itu memberi ancaman kepada keselamatan siber.

Buletin yang dikeluarkan tentera Selasa lalu berkata, pengguna peranti mudah alih milik kerajaan yang mempunyai TikTok dan masih tidak mengeluarkan aplikasi itu akan disekat daripada Navy Marine Corps Intranet.

Bagaimanapun, pihak tentera tidak menyatakan dengan terperinci bentuk ancaman yang diberikan oleh aplikasi terbabit.

Namun, jurucakap Pentagon, Leftenan Kolonel Uriah Orland berkata, arahan itu adalah sebahagian daripada usaha untuk menangani ancaman sedia ada dan mendatang.

TikTok yang cukup popular dikalangan remaja di AS, mula dipantau pihak pengawal selia dan penggubal undang-undang sejak beberapa bulan lalu.

Sementara itu, TikTok enggan mengulas lanjut ketika dihubungi pihak media. - Reuters

Berita Harian X