Isnin, 23 March 2020 | 7:07am
Pekerja kesihatan menyembur cecair nyah kuman di pasar Santa Clara di Quito, Ecuador bagi membendung penularan COVID-19. - Foto AFP
Pekerja kesihatan menyembur cecair nyah kuman di pasar Santa Clara di Quito, Ecuador bagi membendung penularan COVID-19. - Foto AFP

Kematian akibat COVID-19 berganda di Ecuador

QUITO: Ecuador mencatatkan peningkatan harian tertinggi kematian dan kes baharu COVID-19 semalam, 14 kematian dan 789 kes jangkitan disahkan.

Berdasarkan maklumat Perkhidmatan Risiko Kebangsaan dan Kecemasan, jumlah meningkat daripada tujuh kematian dan 532 jangkitan kelmarin.

Sebelum ini, Ecuador mencatatkan 166 orang dijangkiti coronavirus Jumaat lalu, menjadikannya negara Amerika Latin dengan kadar kematian COVID-19 kedua tertinggi selepas Brazil yang mengesahkan 18 kematian.

Ecuador mengesahkan kehadiran virus itu pada 29 Februari lalu apabila seorang warga tua menetap di Madrid yang tiba di pelabuhan Guayaquil dua minggu sebelumnya disahkan sebagai kes pertama COVID-19.

Mangsa wanita itu meninggal dunia di hospital tidak lama kemudian.

Seperti negara Amerika Latin lain, Ecuador sudah mengisytiharkan darurat, menutup sempadannya, menutup sekolah dan menghentikan semua penerbangan bagi membendung penularan COVID-19. - AFP

Berita Harian X