Khamis, 23 April 2020 | 8:02am
Pegawai perubatan mengambil sampel darah orang ramai bagi mengesan virus COVID-19 di New York. - Foto AFP
Pegawai perubatan mengambil sampel darah orang ramai bagi mengesan virus COVID-19 di New York. - Foto AFP

COVID-19: Kematian di Amerika mencecah 47,000

WASHINGTON: Kematian akibat COVID di Amerika Syarikat (AS) mencecah 47,000, pada Rabu, menurut laporan Agensi.

Model University of Washington https://covid19.healthdata.org/united-states-of-americyang dipetik oleh Rumah Putih, mengunjurkan hampir 66,000 kematian COVID-19 di AS menjelang 4 Ogos depan.

Kematian pertama di AS dicatatkan pada 6 Februari lalu. Dalam tempoh beberapa minggu selepas itu, angka kematian di AS terus meningkat sehingga ia menjadi yang tertinggi di dunia.

Semalam, kematian akibat COVID-19 di negara itu adalah sebanyak 47,050, manakala rekod harian sekitar 1,800 dengan beberapa negeri lain belum melaporkan.

Mengikut rekod kematian pada Selasa lalu adalah 2,792 sahaja manakala 2,806 kematian dicatatkan pada 15 April lalu.

Semalam, di New York, pusat wabak COVID-19 melaporkan 474 kematian baru, iaitu ada jumlah terendah sejak 1 April.

Sehingga ini, Amerika Syarikat mencatat jumlah kes COVID-19 paling tinggi dunia iaitu lebih dari 830,000.

Bagaimanapun, Presiden Donald Trump, semalam memuji langkah diambil beberapa negeri di AS, yang dipimpin oleh Republikan, termasuk Georgia, Carolina Selatan dan Tennessee yang sudah membuka kembali ekonomi mereka, meskipun terdapat amaran mengenai kemungkinan peningkatan jangkitan COVID-19. - Agensi

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X