Khamis, 30 April 2020 | 11:29pm

Coronavirus baharu bukan dibangunkan manusia atau diubah genetik

WASHINGTON: Pasukan perisikan Amerika Syarikat (AS) membuat kesimpulan bahawa coronavirus baharu yang menjadi pandemik global memang berasal dari China, namun bukan ciptaan manusia.

"Seluruh komuniti perisikan yang secara konsisten menyediakan sokongan kritikal kepada penggubal dasar dan mereka yang bertindak balas terhadap virus yang berasal dari China.

"Komuniti perisikan juga bersetuju secara saintifik bahawa COVID-19 tidak dihasilkan oleh manusia atau diubah secara genetik," menurut Pejabat Pengarah Perisikan Kebangsaan dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Presiden AS, Donald Trump bercadang menuntut ganti rugi daripada China, susulan penularan wabak terbabit.

Media melaporkan Trump mengarahkan perisik AS mencari maklumat berhubung asal usul virus berkenaan, yang sebelum ini dikatakan berasal daripada pasar basah di Wuhan, yang menjual haiwan eksotik seperti kelawar, namun kemudian virus itu didakwa dicipta hasil uji kaji di makmal berhampiran.

Penularan virus maut itu yang setakat ini menjangkiti 3.2 juta orang dan mengorbankan lebih 227,000 nyawa, Trump berkata terdapat banyak pilihan untuk membuat China bertanggungjawab. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X