Rabu, 6 Mei 2020 | 3:32pm
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres. - FOTO AFP
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres. - FOTO AFP

COVID-19: Jamin hak saksama OKU ketika pandemik - PBB

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, hari ini menyeru kerajaan serata dunia agar turut mengambil kira berbilion orang kurang upaya (OKU) dalam pelaksanaan tindak balas terhadap pandemik COVID-19.

"Malah, bawah keadaan normal, OKU turut dilihat kurang akses pendidikan, penjagaan kesihatan dan peluang pendapatan atau mengambil bahagian dalam komuniti.

"Pandemik ini meningkatkan lagi ketidaksaksamaan itu - dan menghasilkan ancaman baharu," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan sebagai sokongan terhadap kajian PBB mengenai OKU.

Justeru, Guterres menggesa kerajaan di dunia supaya menempatkan OKU di pusat tindak balas dan pemulihan COVID-19, sekali gus berunding serta membabitkan mereka dalam usaha diambil.

"Kita mesti menjamin hak saksama golongan OKU untuk mengakses penjagaan kesihatan dan prosedur menyelamatkan nyawa ketika pandemik ini," katanya. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X