Jumaat, 22 Mei 2020 | 10:23am
Bendera Amerika dikibar separuh tiang bagi memperingati kematian mangsa COVID-19.(Foto/AFP)
Bendera Amerika dikibar separuh tiang bagi memperingati kematian mangsa COVID-19.(Foto/AFP)

COVID-19: Bendera AS dikibar separuh tiang

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump semalam mengarahkan bendera negaranya dikibarkan separuh tiang selama tiga hari bagi menghormati kematian membabitkan rakyatnya akibat COVID-9.

Ini sebagai menghormati korban yang kian menghampiri 100,000 orang dan mengikuti seruan Demokrat untuk menurunkan bendera jika AS mencapai angka suram itu.

"Semua bendera di Bangunan Persekutuan dan Monumen Nasional akan diturunkan ke separuh tiang selama tiga hari ini bagi memperingati rakyat AS yang terkorban akibat COVID-19," tulis Trump dalam ciapan di twitter.

Presiden Republikan menambah bahawa bendera akan kekal pada separuh tiang, pada Isnin ini sempena untuk Hari Peringatan negara, sebagai menghormati tentera AS yang terkorban ketika berkhidmat.

Meskipun kematian tidak lagi stabil, namun ketika ini korban AS adalah seramai 94,500 orang, iaitu negara yang mencatatkan kematian tertinggi dunia.

Hari Memperingati itu seakan bertepatan saat AS menghampiri angka 100,000 kematian COVID-19.

Terdahulu, seruan Demokrat itu bagi menggambarkan ungkapan kesedihan seluruh rakyat Amerika.

"Hati kami remuk, hancur dengan kehilangan yang besar ini," kata Speaker Dewan Negara Nancy Pelosi dan Demokrat Senat Chuck Schumer dalam surat yang diutuskan kepada Trump.

Pasangan itu mengatakan ia sangat sesuai untuk memberi penghormatan kepada mangsa krisis sambil menghormati pengorbanan tentera negara ini.

AS secara purata hariannya mencatatkan kira-kira 1,300 kematian setiap hari minggu ini. -AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X