Jumaat, 22 Mei 2020 | 1:17pm
BRAZIL catat golongan muda tertinggi mati akibat COVID-19. (Foto/Agensi)
BRAZIL catat golongan muda tertinggi mati akibat COVID-19. (Foto/Agensi)

Ramai orang muda mati akibat COVID-19

RIO DE JANEIRO: Ramai golongan muda meninggal dunia akibat COVID-19 di Brazil berbanding negara lain.

Ia sekali gus mempamerkan trend demografi bahawa golongan itu tertinggi menjadi mangsa korban, selain dipengaruhi kemiskinan dan perlu keluarga bekerja.

Brazil, negara terbesar di Amerika Selatan dengan jumlah penduduk 210 juta muncul negara ketiga mencatatkan jangkitan tertinggi di dunia akibat pandemik itu, meningkat mendadak sejak minggu ini.

Dengan lebih 310,000 kes, Brazil berada di belakang Amerika Syarikat (AS) dan Russia, mencatatkan 20,000 kematian.

Menurut statistik rasmi, kebiasaan kematian membabitkan golongan berusia 60 tahun, namun di Brazil, 69 peratusnya membabitkan kumpulan umur itu berbanding 95 peratus di Sepanyol dan Itali.

Perbezaan itu, sebahagiannya dipengaruhi usia penduduk secara keseluruhan iaitu sekitar 13.6 peratus penduduk Brazil berusia 60 tahun ke atas, berbanding 25 peratus di Sepanyol dan 28 peratus di Itali.

Bagaimanapun demografi tidak mewakili keseluruhan kerana Brazil mempunyai penduduk usia lebih muda, adalah normal ia membabitkan kes tinggi di bawah usia 60 tahun.

Menurut Ahli Epidemiologi di University of Brasilia, Mauro Sanchez, berkata bilangan golongan ramai maut kerana COVID disebabkan Brazil mempunyai penduduk muda lebih ramai.

Fenomena itu menjadi ketara apabila wabak semakin berlanjutan.

Awal April lalu, hanya 19 peratus kematian COVID-19 di Brazil adalah di bawah usia 60-an.

Namun pada minggu ini, angka itu meningkat kepada 31 peratus. Kajian berdasarkan data lokasi telefon bimbit menunjukkan rakyat mula mengabaikan perintah berkurung.

Beberapa pakar menyalahkan kerajaan yang menamatkan perintah berkurung terlalu awal, yang mana Presiden Brazil, Jair Bolsonaro mengatakan wabak itu hanya selesema.

Penarikan perintah itu kerana mahu memulihkan ekonomi yang mengalami kemelesetan teruk hingga memaksakan pekerja kembali bekerja.

Statistik rasmi Brazil bagaimanapun tidak menguraikan jangkitan COVID-19 mengikut usia, dan pakar menyatakan bahawa ujian di bawah menunjukkan jumlah sebenar kes mungkin jauh lebih tinggi daripada angka kementerian kesihatan.

Sekumpulan penyelidik yang dipanggil COVID-19 Brazil menganggarkan negaranya mempunyai lebih daripada 3.6 juta orang yang dijangkiti iaitu lebih daripada 10 kali lebih tinggi daripada angka rasmi.

Ia menganggarkan kumpulan usia dengan jangkitan paling banyak adalah 20 hingga 29 dan 30 hingga 39 tahun, dengan masing-masing lebih daripada 580,000 jangkitan - dua kali lebih banyak daripada mereka yang berumur 60 hingga 69 tahun. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X