Selasa, 29 Ogos 2017 | 7:18pm
SEKURANG-KURANGNYA 6,000 etnik Rohingya yang melarikan diri daripada kekejaman terbaru di Myanmar, terkandas berhampiran sempadan Bangladesh.- Foto Reuters
SEKURANG-KURANGNYA 6,000 etnik Rohingya yang melarikan diri daripada kekejaman terbaru di Myanmar, terkandas berhampiran sempadan Bangladesh.- Foto Reuters

6,000 pelarian Rohingya terkandas

COX'S BAZAR: Sekurang-kurangnya 6,000 etnik Rohingya yang melarikan diri daripada kekejaman terbaru di Myanmar, terkandas berhampiran sempadan Bangladesh.

Data itu diumumkan seorang pegawai kanan negara itu hari ini, ketika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa Dhaka membantu semua mangsa yang terkandas.

Bangladesh menyekat ribuan penduduk awam minoriti Muslim itu daripada memasuki negara itu, sejak Jumaat lalu selepas pertempuran tercetus di antara tentera Myanmar dan militan Rohingya di Rakhine.

Sementara itu, agensi pelarian PBB berkata, 3,000 orang berjaya masuk ke Bangladesh, sejak tiga hari lalu, namun sebahagian besar lagi tersekat di sempadan, walaupun pertempuran sengit berlaku di beberapa kampung berhampiran.

"Kira-kira 6,000 rakyat Myanmar berkumpul di sempadan dan cuba masuk ke Bangladesh," kata Pengawal Sempadan Bangladesh (BGB) yang merujuk kepada pelarian Rohingya. - AFP

Berita Harian X