Khamis, 26 Oktober 2017 | 10:36pm
PIHAK berkuasa Myanmar hari ini, berjaya merampas dadah methamphetamine bernilai AS$4.6 juta (RM19.4 juta) di kawasan zon 'segi tiga emas'.- Foto hiasan

Dadah bernilai lebih RM19 juta dirampas di Myanmar

YANGON: Pihak berkuasa Myanmar hari ini, berjaya merampas dadah methamphetamine bernilai AS$4.6 juta (RM19.4 juta) di kawasan zon 'segi tiga emas'.

Lokasi terpencil 'segi tiga emas' terbabit merangkumi Shan di Myanmar, Laos serta kawasan di utara Thailand dan ia menghasilkan sejumlah besar candu serta dadah methamphetamine sebelum diseludup ke seluruh Asia.

Dalam operasi semalam, tentera dan pegawai sempadan Myanmar menahan seorang lelaki bersama 250 kilogram dadah methamphetamine yang disembunyikan di bahagian belakang keretanya di pintu masuk di timur Shan.

Menerusi mesej yang dimuatnaik di akaun Facebook, ketua komander berkata, 250 kilogram itu dianggarkan bernilai AS$4.6 juta (RM19.4 juta).

"Lelaki dan semua dadah yang dirampas sudah diserahkan kepada skuad antidadah," menurut kenyataan. - AFP

Berita Harian X