Khamis, 18 Januari 2018 | 8:23pm
POLIS Myanmar menahan seorang ahli parlimen (MP) beragama Buddha terkenal Rakhine hari ini kerana didakwa mencetuskan keganasan etnik.- Foto AFP

MP Buddha Rakhine cetus rusuhan ditahan

YANGON: Polis Myanmar menahan seorang ahli parlimen (MP) beragama Buddha terkenal Rakhine hari ini kerana didakwa mencetuskan keganasan etnik, kata media dan parti selepas ketegangan meningkat di negeri bergolak itu.

Penahanan dibuat selepas tujuh orang maut dan berpuluh lain cedera apabila polis melepaskan tembakan ke arah kumpulan Buddha Rakhine yang cuba merampas pejabat kerajaan lewat kelmarin.

Keganasan meletus ketika kemarahan meningkat berhubung pembatalan satu acara tempatan di Mrauk U, bandar terletak puluhan kilometer dari pusat utama tindakan keras tentera ke atas penduduk Rohingya.

Laporan media disokong kerajaan berkata, dakwaan difailkan ke atas MP dewan rendah, Aye Maung susulan ucapan Isnin lalu di mana ahli politik kebangsaan menyerang bangunan kerajaan kerana berpendapat Rakhine adalah 'hamba' dan mengatakan ia masa sesuai untuk masyarakat melancarkan pertempuran.

"Dr Aye Maung ditahan di rumahnya kira-kira jam 1 tengah hari," kata Setiausaha Agung Parti Kebangsaan Arakan, Tun Aung Kyaw.

Arakan adalah nama lain untuk Rakhine. -AFP

Berita Harian X