Selasa, 23 Januari 2018 | 8:38pm
Kebakaran dilihat di Tombru, iaitu sebuah kampung yang ditinggalkan berhampiran sempadan di daerah Cox's Bazar.
Kebakaran dilihat di Tombru, iaitu sebuah kampung yang ditinggalkan berhampiran sempadan di daerah Cox's Bazar.

Kampung di Rakhine terbakar menjelang kepulangan Rohingya

COX'S BAZAR: Kebakaran dan tembakan berlaku di perkampungan di seberang sempadan di Rakhine ketika pihak berkuasa Myanmar dan Bangladesh sedang mengurus penghantaran pulang pelarian Rohingya.

"Kebakaran 'besar' itu dilihat sejak lewat malam semalam, di Tombru, iaitu sebuah kampung yang ditinggalkan berhampiran sempadan di daerah Cox's Bazar," kata pengawal sempadan Bangladesh yang enggan mendedahkan identitinya kepada AFP.

Kebakaran berlaku pada sebelah malam sebelum Bangladesh dijadual memulakan program penghantaran semula ribuan pelarian Rohingya ke Rakhine mengikut perjanjian yang ditandatangani dengan Myanmar.

Program yang dijadualkan bermula hari ini, dijangka mengambil masa selama dua tahun, tetapi ia ditangguhkan selepas kerajaan Bangladesh mengakui kedua-dua pihak masih belum bersedia untuk mengendalikan jumlah pelarian yang ramai.

"Kebakaran itu dipercayai membabitkan kediaman milik etnik Rohingya. Sempadan wilayah itu dikawal oleh pasukan tentera Myanmar," katanya.

Sementara itu, seorang lagi pegawai di sempadan memberitahu AFP, beliau mendengar beberapa tembakan dilepaskan, sebelum kebakaran dilihat dari kawasan kampung itu. - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X