Selasa, 12 Jun 2018 | 12:41pm
PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump bersalaman dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dalam pertemuan bersejarah mereka di Singapura, hari ini. - Foto Reuters
PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump bersalaman dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dalam pertemuan bersejarah mereka di Singapura, hari ini. - Foto Reuters

Menu gabungan barat, timur sajian tengah hari Trump, Jong-un

SINGAPURA: Menu yang menggabungkan cita rasa barat dan timur menjadi hidangan makan tengah hari yang dihadiri Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, sempena pertemuan bersejarah mereka di sini, hari ini.

Menurut senarai menu yang dikeluarkan Rumah Putih menunjukkan jamuan tengah hari itu akan bermula dengan hidangan pembuka selera, termasuk koktel udang dan salad avocado, selain kerabu mangga dengan sos lemon madu yang terkenal di Asia Tenggara, hidangan sotong segar dan sajian Korea, 'oiseon'.

Menu utama pula, termasuk confit tulang rusuk yang disajikan bersama kentang dauphinois dan brokoli kukus, daging babi garing masak masam manis bersama nasi goreng dan sos cili 'XO', hidangan Korea 'daegu jorim' serta pelbagai sayur-sayuran dari negara Asia.

Bagi hidangan pencuci mulut pula, Trump dan Jong-un serta delegasi boleh memilih antara tart coklat ganache, ais krim vanila Haagen Daaz beserta ceri dan tropezienne serta pastri berinti krim. - Reuters

Berita Harian X