Jumaat, 29 Jun 2018 | 11:56am
RIBUAN penumpang terkandas di Bali selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurai Rai ditutup sejak awal pagi tadi. - Foto AFP

Ribuan penumpang terkandas di Bali

DENPASAR: Ribuan penumpang terkandas di Bali selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurai Rai ditutup sejak awal pagi tadi, berikutan letupan gunung berapi Agung yang mengakibatkan asap dan debu mula menyelubungi ruang udaranya.

Penutupan lapangan terbang itu juga memaksa hampir 450 penerbangan keluar dan masuk dari destinasi pelanconga itu dibatalkan, termasuk membabitkan syarikat penerbangan AirAsia.

Lapangan terbang itu ditutup selepas juruterbang pesawat mengesan kesan abu gunung berapi pada ketinggian 7,000 meter.

Menurut pihak berkuasa, Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, iaitu pintu masuk utama ke Bali ditutup sehingga malam ini dan memaklumkan dua lapangan terbang yang mengendalikan penerbangan domestik turut ditutup.

Gunung berapi Agung terletak kira-kira 75 kilometer dari pusat pelancong Bali, iaitu Kuta.

Kira-kira 1,600 terbunuh ketika ia meletus kali terakhir pada 1963. - AFP

14 dibaca
Berita Harian X