Jumaat, 6 Julai 2018 | 11:42pm
HARTAWAN Amerika Syarikat, Elon Musk. - Foto AFP
HARTAWAN Amerika Syarikat, Elon Musk. - Foto AFP

Elon Musk bantu operasi menyelamat

CALIFORNIA: Hartawan Amerika Syarikat, Elon Musk dilaporkan menghantar pasukan jurutera daripada dua syarikat beliau untuk membantu misi menyelamat pasukan bola sepak kanak-kanak di Thailand, kata agensi media CNBC.

Musk menerusi Twitter berkata, pasukan jurutera daripada dua syarikat beliau, syarikat eksplorasi angkasa lepas, Space X dan syarikat teknologi terowong, The Boring Company akan menuju ke Thailand, esok.

Awal minggu ini, Musk berkata, pasukan beliau mungkin boleh mengepam air keluar daripada gua dan menyediakan bateri berkuasa tinggi Tesla untuk meningkatkan kelajuan kerja-kerja mengepam.

Pasukan penyelamat menemui 12 kanak-kanak lelaki dan jurulatih mereka dalam sistem gua Tham Luang di Chiang Rai pada Isnin lalu.

Ketika ini, banyak pihak bimbang semua 13 mangsa mungkin terperangkap dalam gua itu selama berbulan-bulan akibat musim hujan yang dijangka memburukkan lagi banjir dalam gua. - Agensi/ CNBC

Berita Harian X