Isnin, 17 September 2018 | 7:37pm
BUDAK perempuan berusia dua tahun maut, manakala tujuh lagi hilang dalam insiden tanah runtuh di kem pelarian di utara Thailand berhampiran sempadan Myanmar. - Foto Twitter @Disaster_TH

Budak maut tanah runtuh di kem pelarian

BANGKOK: Seorang budak perempuan berusia dua tahun maut, manakala tujuh lagi hilang dalam insiden tanah runtuh di kem pelarian di utara Thailand berhampiran sempadan Myanmar.

Kem pelarian di wilayah Mae Hong Son itu menjadi tempat tinggal kira-kira 10,000 orang dari kumpulan etnik Karen Myanmar yang terpaksa melarikan diri daripada konflik sejak berdekad lalu antara pemberontak dan tentera.

“Hujan monsun lebat di kawasan pergunungan keliling kem Mae La Oon menjadi punca bencana lewat Ahad itu.

“Pihak berkuasa masih mencari tujuh mangsa yang hilang. Sebelas orang cedera ringan manakala seorang budak berusia dua tahun maut,” kata jurucakap polis Thai, Kolonel Kantapat Netipitchayapong kepada AFP.

Menurutnya, 12 rumah musnah dalam kejadian itu.

Mae La Oon terletak cuma tiga kilometer dari sempadan Thai-Myanmar dan antara kem pelarian yang paling terpencil di kawasan berkenaan. - AFP

Berita Harian X