Jumaat, 28 September 2018 | 7:57pm
PIHAK berkuasa Indonesia menarik balik amaran tsunami, susulan gempa bumi kuat 7.5 magnitud di tengah pulau Sulawesi, petang tadi. - Foto AFP
PIHAK berkuasa Indonesia menarik balik amaran tsunami, susulan gempa bumi kuat 7.5 magnitud di tengah pulau Sulawesi, petang tadi. - Foto AFP

Amaran tsunami Indonesia ditarik balik

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia menarik balik amaran tsunami, susulan gempa bumi kuat 7.5 magnitud di tengah pulau Sulawesi, petang tadi.

Bagaimanapun, pihak berkuasa negara itu mengingatkan penduduk berhati-hati kerana banyak gegaran susulan dijangka berlaku.

“Kami mengingatkan penduduk supaya berada di tempat selamat, jauhi bangunan rosak,” kata jurucakap Agensi Mitigasi Bencana Nasional, Sutopo Purwo Nugroho.

Katanya, agensi kerajaan berkaitan di Jakarta sedang berdepan kesukaran menghubungi pihak berkuasa di lokasi gempa. - Reuters

Berita Harian X