Rabu, 3 Oktober 2018 | 3:21pm
PENDUDUK beratur untuk masuk ke dalam pesawat tentera di Lapangan Terbang Mutiara Al Jufri, di Palu. - Foto EPA
PENDUDUK beratur untuk masuk ke dalam pesawat tentera di Lapangan Terbang Mutiara Al Jufri, di Palu. - Foto EPA
ANGGOTA tentera menyusun bekalan perubatan di Lapangan Terbang Mutiara Al Jufri, di Palu. - Foto EPA
ANGGOTA tentera menyusun bekalan perubatan di Lapangan Terbang Mutiara Al Jufri, di Palu. - Foto EPA

Lapangan terbang Palu izin pesawat hantar bantuan 24 jam

PALU: Lapangan terbang Palu akan beroperasi 24 jam bagi membolehkan penerbangan bantuan mendarat khususnya bagi mengurus bekalan keperluan dan anggota menyelamat tambahan.

Ia bertujuan memperhebat operasi menghantar bantuan selepas ramai menjadi mangsa gempa dan tsunami di rantau itu sejak 28 September lalu.

Lapangan terbang Mutiara SIS Al-Jufri mengekalkan penerbangan komersial mulai 6 pagi hingga 10 malam, kata jurucakap pengusaha khidmat navigasi AirNav Indonesia, Yohanes Sirait dalam satu kenyataan, semalam.

"AirNav telah menyiarkan ‘Airmen Notification (NOTAM) No. H0913/18’ mengenai tempoh operasi lapangan terbang Mutiara SIS Al Jufri," katanya.

Yohanes berkata, pasukan teknikal AirNav juga telah memulihkan kemudahan navigasi di Palu sejak dua hari lalu.

Ini membolehkan peralatan komunikasi tinggi berfungsi sehingga ketinggian 40 batu nautika, katanya.

Rangkaian komunikasi di antara Pusat Khidmat Trafik Udara di antara Palu dan Makassar juga telah pulih.

"Dengan kejayaan ini, peralatan navigasi kembali disambut mengikut operasi biasa. Lampu di landasan juga telah pulih, jadi penerbangan boleh kembali semula ke sini," katanya lagi. - Agensi

Berita Harian X