X
Jumaat, 16 November 2018 | 12:39pm
IMELDA Marcos. - Foto AFP
IMELDA Marcos. - Foto AFP

Imelda Marcos bebas dengan jaminan

MANILA: Bekas wanita Filipina, Imelda Marcos, hari ini, dibebaskan dengan jaminan apabila berjaya meyakinkan mahkamah untuk menangguhkan penahanannya, selepas disabitkan bersalah dengan tuduhan rasuah, minggu lalu.

Keputusan mahkamah itu memberi peluang kepada Marcos untuk mengemukakan pembelaan terhadap sabitannya.

Namun, pada masa sama, ia turut meningkatkan kritikan mengenai layanan istimewa yang diberikan kepada keluarga berpengaruh dalam politik.

Marcos, 89, yang terkenal dengan koleksi kasut, permata dan lukisan dilaporkan membayar wang jaminan sebanyak 150,000 pesos (RM11,844), iaitu seminggu selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan rasuah, yang membawa hukuman penjara sehingga 77 tahun. - Reuters

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X