Isnin, 7 Januari 2019 | 1:59pm
Rahaf Mohammed al-Qunun sepatutnya dijadualkan dihantar pulang menaiki pesawat Kuwait Airways ke Kuwait, pagi tadi. -Foto AFP

Wanita Arab Saudi kurung diri dalam bilik hotel, enggan dihantar pulang

BANGKOK: Seorang wanita Arab Saudi berusia 18 tahun yang melarikan diri daripada didera keluarganya, mengurung diri dalam bilik hotel di lapangan terbang ibu kota ini, mengelak dihantar pulang pihak berkuasa Thailand, kata sebuah kumpulan hak asasi manusia hari ini.

Rahaf Mohammed al-Qunun, 18, dijadualkan dihantar pulang menaiki pesawat Kuwait Airways ke Kuwait, pagi tadi.

“Wanita itu mengurung dirinya dalam bilik dan berkata tidak mahu pulang sehingga dibenarkan berjumpa dengan agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Banga Bersatu (PBB) (UNHCR) dan memohon suaka politik,” kata Timbalan Pengarah Asia Human Rights Watch (HRW), Phil Robertson menerusi Twitter.

Wanita itu tidak dibenarkan memasuki Thailand oleh pegawai imigresen Sabtu lalu.

Pihak berkuasa Thailand menafikan tindakan itu dibuat atas arahan kerajaan Arab Saudi dan berkata, wanita itu tidak memiliki dokumen perjalanan betul untuk mendapatkan visa ketika tiba. - Reuters

Berita Harian X