Rabu, 22 Mei 2019 | 7:45am
POLIS Indonesia melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan di tengah ibu kota Jakarta. - Foto Reuters
POLIS Indonesia melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan di tengah ibu kota Jakarta. - Foto Reuters
POLIS Indonesia melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan di tengah ibu kota Jakarta. - Foto Reuters

Polis Indonesia tembak gas pemedih mata surai demonstrasi

JAKARTA: Polis Indonesia melepaskan gas pemedih mata hari ini untuk menyuraikan penunjuk perasaan di tengah ibu kota negara itu susulan perhimpunan yang diadakan selepas keputusan rasmi menunjukkan Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo dipilih dengan selesa sekali lagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) mengesahkan kiraan tidak rasmi oleh agensi persendirian pada pilihan raya 17 April lalu, yang memberikan Jokowi undian sebanyak 55.5 peratus berbanding 44.5 peratus yang diperoleh pencabarnya, Prabowo Subianto.

Jokowi menang lebih 85 juta undian daripada keseluruhan 154 juta di negara demokrasi ketiga terbesar dunia itu.

Namun Prabowo memberitahu beliau percaya berlaku penipuan besar-besaran dan kira-kira 1,000 penyokongnya berkumpul di Jakarta.

Perhimpunan berakhir secara aman tetapi kemudian polis menembak gas pemedih mata apabila sebahagian penunjuk perasaan membawa mercun dan objek lain ke arah pegawai pencegah rusuhan di jalan utama di Jakarta.


PENUNJUK perasaan membakar gerai-gerai kayu di tengah ibu kota Jakarta. - Foto AFP

Prabowo berjanji akan meneruskan tindakan undang-undang yang selaras dengan Perlembagaan untuk mempertahankan mandat rakyat.

Pengarah undang-undang pasukan kempen Prabowo, Sufmi Dasco Ahmad, mengesahkan ia bercadang mencabar keputusan itu di Mahkamah Perlembagaan.

Kelmarin, agensi pemantauan pilihan raya menafikan dakwaan penipuan sistematik, kerana kekurangan bukti.

Pemerhati bebas juga berkata, pilihan raya berlangsung secara bebas dan adil. — Reuters

Berita Harian X