Selasa, 28 Mei 2019 | 2:01pm
Adik bekas jeneral dan calon presiden Prabowo Subianto, Hashim Djojohadikusumo (dua dari kanan) dan peguam, Bambang Widjojanto (kiri) menyerahkan tuntutan mahkamah ke Mahkamah Perlembagaan di Jakarta pada Jumaat lalu. Foto AFP
Adik bekas jeneral dan calon presiden Prabowo Subianto, Hashim Djojohadikusumo (dua dari kanan) dan peguam, Bambang Widjojanto (kiri) menyerahkan tuntutan mahkamah ke Mahkamah Perlembagaan di Jakarta pada Jumaat lalu. Foto AFP

SBY harap Jokowi, Prabowo segera berjumpa

JAKARTA: Pengerusi Parti Demokratik, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY), berkata beliau berharap Presiden Joko Widodo akan segera bertemu dengan ketua Parti Gerindra, Prabowo Subianto.

Menurut agensi berita Antara, SBY menyuarakan perkara itu kerana kedua-dua tokoh itu mempunyai jumlah penyokong yang ramai.

“Ia adalah satu perkara yang sangat baik dan mulia, jika Encik Prabowo (Subianto) boleh bertemu secara terus dengan Encik Jokowi (Joko Widodo).

“Lagipun, kedua-dua tokoh itu mempunyai jumlah pengundi serta penyokong yang ramai,” kata SBY dalam satu rakaman video semalam.

Pada masa sama, beliau percaya kedua-dua tokoh berkenaan mempunyai aspirasi yang jelas bagi negara itu.

Namun, SBY berkata, bagi membolehkan pertemuan itu diadakan, sepatutnya tiada perjanjian dibuat sebelum ia berlangsung.

“Jika Pak Prabowo (Subianto) masih berhasrat mengemukakan saman di Mahkamah Perlembagaan, saya percaya sudah pasti Pak Jokowi (Joko Widodo) akan menghormati tindakan yang diambil oleh Pak Prabowo,” katanya.

Pada Jumaat lalu, Prabowo secara rasmi mencabar keputusan akhir pilihan umum Indonesia yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Awam (KPU), di Mahkamah Persekutuan.

Dalam pengumuman yang diadakan pada minggu lalu, KPU mengesahkan kemenangan Joko Widodo dalam pilihan raya presiden 2019. - Agensi

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X