Rabu, 7 Ogos 2019 | 8:14pm

Thailand mula edar ganja perubatan ke hospital

BANGKOK: Thailand mula mengedarkan 4,500 botol minyak ganja untuk mengubati pesakit di hospital hari ini.

Ia adalah penggunaan rasmi pertama ganja untuk tujuan perubatan sejak ia dibenarkan tahun lalu.

Negara yang secara tradisinya mengamalkan penggunaan ganja bagi mengurangkan rasa sakit dan lesu, membenarkan penggunaan ganja untuk tujuan perubatan dan kajian tahun lalu bertujuan meningkatkan pendapatan pertanian.

Pertubuhan Farmaseutikal Kerajaan (GPO) menghantar botol berukuran 5 mililiter (ML) kepada kementerian kesihatan awam untuk diedarkan ke hospital bagi kegunaan kira-kira 4,000 pesakit berdaftar.

Sejumlah 2,000 lagi botol akan diedarkan bulan ini.

“Ini adalah kesan daripada membenarkan penggunaan ganja perubatan,” kata timbalan perdana menteri, Anutin Charnvirakul yang juga menteri kesihatan awam.

“Tiada sebarang agenda tersembunyi. Kami hanya mahu menyokong setiap pesakit.”

Anutin berkata, Thailand menyasar untuk mengedarkan 1 juta botol ekstrak ganja dalam masa lima hingga enam bulan, sambil menambah GPO dan beberapa agensi lain akan menghasilkan 200,000 botol ekstrak berkenaan bermula September ini. - Reuters

Berita Harian X