Sabtu, 10 Ogos 2019 | 5:03pm

22 maut, 47 cedera dalam tanah runtuh di Myanmar

MAWLAMYINE: Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh apabila tanah runtuh yang dicetuskan oleh hujan monsun melanda sebuah perkampungan di timur Myanmar, ketika petugas kecemasan meneruskan pencarian ramai lagi mangsa yang dikhuatiri masih hilang.

Dalam kejadian itu, runtuhan tanah dan lumpur dari kawasan berbukit memusnahkan 16 kediaman di kampung Ye Pyar Kone di negeri Mon semalam.

“Setakat ini kami sudah menemui 22 mayat dan 47 mangsa yang cedera,” kata pentadbir tempatan, Myo Min Tun.

Pihak berkuasa percaya sekurang-kurangnya 100 lagi mangsa masih hilang.

Setakat ini 89,000 penduduk dipindahkan akibat banjir sejak beberapa minggu lalu, namun ramai sudah kembali ke rumah masing-masing, kata pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Vietnam turut berdepan banjir besar minggu ini dengan sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh di tengah negara itu. - AFP

Berita Harian X