Jumaat, 13 September 2019 | 5:38pm
ANGGOTA bomba memadam kebakaran hutan di Kampar, Riau. - Foto AFP

Kebakaran hutan, Indonesia sita tanah anak syarikat Malaysia

JAKARTA: Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia (KLHK) menyita tanah sebuah anak syarikat Malaysia, PT Adei Plantation and Industry di Pelalawan, Riau.

Perkembangan itu dilaporkan agensi berita CNN Indonesia, hari ini, membabitkan beberapa kes kebakaran hutan dan tanah, Rabu lalu. Menurutnya, syarikat itu didakwa sengaja membakar hutan dan tanah.

Katanya, Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia, Siti Nurbaya Bakar turut menghantar dokumen membabitkan proses penyitaan yang dijalankan direktorat penguatkuasaan kementerian beliau.

“Kami sudah memeriksa syarikat yang membakar hutan dari Malaysia. Ia disita pada 11 September lalu,” kata Siti Nurbaya yang dipetik CNN Indonesia.

Katanya, sebahagian besar saham PT Adei adalah milik syarikat Kuala Lumpur Kepong (KLK) dari Malaysia.

“Pemegang kepentingan terbesar Kuala Lumpur adalah Kepong Plantation,” katanya. - Agensi/ CNN

Berita Harian X