X
Jumaat, 24 Januari 2020 | 9:41pm
Kamera khas diguna di lapangan terbang Suvarnabhumi untuk mengesan virus coronavirus di Bangkok. - Foto Reuters
Kamera khas diguna di lapangan terbang Suvarnabhumi untuk mengesan virus coronavirus di Bangkok. - Foto Reuters

Thailand sahkan kes kelima coronavirus

BANGKOK: Kerajaan Thailand hari ini mengesahkan kes kelima coronavirus di negara itu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Sathit Patucha, berkata pesakit berkenaan adalah individu kedua selepas seorang pesakit tidak dikesan mengalami simptom di lapangan terbang sebelum memasuki negara itu.

“Pesakit adalah seorang wanita berusia 33 tahun dari Wuhan yang sedang bercuti.

“Wanita itu tiba di Bangkok pada 21 Januari lalu bersama anak perempuan. Dia ke hospital swasta kerana demam, batuk dan sakit otot sebelum dipindahkan ke hospital kerajaan semalam.

“Wanita itu dikuarantin di Hospital Rajavithi dan keadaannya bertambah baik,” katanya.

Bagaimanapun, anak perempuan wanita itu diuji negatif sekali gus bebas wabak berkenaan.

Sebelum ini, terdapat seorang wanita warga Thailand yang dijangkiti virus berkenaan selepas menyambut Tahun Baharu Cina di Wuhan dikejarkan ke wab di Hospital Nakhon Pathon.

Pada 15 Januari lalu, wanita terbabit keluar dari hospital selepas makmal mendapati dia bebas daripada dijangkiti coronavirus.

Setakat ini, Thailand mempunyai dua pesakit yang sedang dikuarantin kerana dijangkiti.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X