X
Rabu, 18 March 2020 | 7:30pm

COVID-19: Tiada sekatan untuk rakyat Malaysia pulang dari Indonesia

JAKARTA: Rakyat Malaysia yang berada atau sedang bercuti di Indonesia yang mahu pulang ke tanah air dan memerlukan bantuan konsul diminta segera menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di sini.

Menurut kenyataan kedutaan, tiada arahan atau sekatan penerbangan yang dikenakan oleh Kerajaan Malaysia atau Pemerintah Indonesia setakat ini.

"Bagaimanapun berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi tempoh 18 hingga 31 Mac 2020 oleh Kerajaan Malaysia untuk menyekat penularan wabak COVID-19 di Malaysia, terdapat beberapa syarikat penerbangan telah mengurangkan frekuensi penerbangan mereka antara Malaysia dan Indonesia.

Rakyat Malaysia yang berada di Indonesia yang ingin pulang ke Malaysia pada tempoh terbabit, adalah dinasihatkan untuk menghubungi syarikat penerbangan yang berkaitan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan menyusun semula jadual penerbangan masing-masing, sekiranya perlu," kata kenyataan itu.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsul boleh menghubungi talian +62 813 8081 3036, atau e-mel ke kedutaan di [email protected] atau [email protected]. - BERNAMA

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X