X
Selasa, 7 April 2020 | 12:01pm

Satu lagi asrama pekerja asing diklasifikasi kluster baharu di Singapura

SINGAPURA: Singapura mengenal pasti satu lagi kluster baharu COVID-19 membabitkan sebuah asrama pekerja asing yang terletak di Kranji Road, semalam.

Tiga kes yang disahkan COVID-19 itu kini membabitkan Kranji Lodge, kata Kementerian Kesihatan Singapura dalam satu kenyataan semalam.

Selain Kranji Lodge, terdapat enam lagi asrama yang dikenal pasti sebagai kluster dengan dua telah diwartakan sebagai kawasan pengasingan, iaitu S11 Dormitory @ Punggol di Seletar North Link, dan asrama Westlite Toh Guan di Toh Guan Road East.

Setakat ini, kedua-dua kawasan pengasingan itu menempatkan 19,800 pekerja dengan 117 orang kes positif.

MOH juga berkata republik itu pada Isnin mengenalpasti satu lagi kluster baharu dengan tiga kes disahkan di Little Gems Preschool di Ang Mo Kio Street.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X