Jumaat, 4 Ogos 2017 | 7:34am
PASUKAN bomba di tempat kejadian kebakaran di Pasar Tsukiji di Tokyo, Jepun. - Foto EPA
PASUKAN bomba di tempat kejadian kebakaran di Pasar Tsukiji di Tokyo, Jepun. - Foto EPA
PASUKAN bomba cuba memadamkan kebakaran di Pasar Luar Tsukiji di Tokyo. - Foto EPA
PASUKAN bomba cuba memadamkan kebakaran di Pasar Luar Tsukiji di Tokyo. - Foto EPA

Kebakaran berhampiran pasar ikan terbesar dunia

TOKYO: Kebakaran berlaku berhampiran pasar ikan terkenal, Tsukiji, yang juga terbesar di dunia yang terletak di pinggir ibu kota Jepun hari ini, dengan api dan asap tebal kelihatan daripada bangunan kayu.

Puluhan anggota bomba bergelut mengawal kebakaran di pasar luar Tsukiji, yang sesak dengan kedai dan restoran kecil, tetapi media tempatan berkata tiada laporan mengenai kecederaan.

PASUKAN bomba berusaha memadam kebakaran di Pasar Tsukiji di Tokyo, Jepun. - Foto EPA
PASUKAN bomba berusaha memadam kebakaran di Pasar Tsukiji di Tokyo, Jepun. - Foto EPA

Kebakaran berlaku di bangunan tiga tingkat itu sekitar jam 4.50 petang waktu tempatan, memusnahkan kawasan seluas 200 meter persegi, kata stesen penyiar NHK.

Sebanyak 43 kereta bomba dikerah ke tempat kejadian untuk memadamkan api.

"Saya tahu ia satu kebakaran. Jadi, saya hubungi pengurus dan memindahkan semua pelanggan restoran," kata ketua rangkaian restoran Sushizanmai, Kiyoshi Kimura, yang berada di pejabatnya di kawasan itu ketika kebakaran.

Tragedi itu berlaku selepas Gabenor Tokyo, Yuriko Koike, berkata Jun lalu pasar ikan itu akan dipindahkan ke lokasi baru. - AFP

Berita Harian X