Isnin, 7 Ogos 2017 | 10:30pm
Ri Yong-Ho
Ri Yong-Ho

Korea Utara terus cabar AS

MANILA: Korea Utara berikrar sekatan baharu yang dikenakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak akan menghalang pembangunan senjata nuklearnya.

Pyongyang yang berang dengan sekatan itu menolak untuk mengadakan sebarang rundingan dan memberi amaran akan bertindak balas terhadap Amerika Syarikat (AS).

Kenyataan bantahan itu adalah tindak balas pertama terhadap sekatan digubal AS yang diluluskan Majlis Keselamatan PBB hujung minggu lalu. Ia dikatakan mengurangkan sehingga AS$1 bilion (RM4.28 bilion) pendapatan tahunan Korea Utara.

"Kami tidak akan teragak-agak meletakkan roket nuklear dan balistik di meja rundingan," kata Menteri Luar Korea Utara, Ri Yong-Ho dalam kenyataan yang dikeluarkan di ibu kota Filipina ketika menghadiri forum keselamatan serantau.

Katanya, mereka juga akan memperkukuhkan kemampuan nuklear kecuali dasar dan ancaman AS terhadap Korea Utara dihapuskan.

Dalam kenyataan awal disiarkan agensi berita KCNA, Korea Utara mengancam membalas tindakan AS 'seribu kali ganda' kerana menggubal sekatan itu. - AFP

Berita Harian X