Rabu, 1 November 2017 | 11:00am
PRESIDEN Korea Selatan, Moon Jae-In. - Foto AFP
PRESIDEN Korea Selatan, Moon Jae-In. - Foto AFP

Korea Selatan tolak senjata nuklear

SEOUL: Korea Selatan tidak akan membangunkan senjata nuklear walaupun berdepan ancaman Korea Utara.

Presidennya Moon Jae-In menegaskan, sebarang desakan atau usaha Korea Utara tampil sebagai negara bersenjata nuklear tidak boleh diterima.

"Kita tidak akan membangunkan atau memiliki senjata nuklear sendiri," kata Jae-In ketika berucap di Parlimen, hari ini.

Sejak beberapa bulan lalu, Pyongyang menjalankan ujian nuklear keenam dan paling berkuasa setakat ini serta peluru berpandu yang berupaya sampai ke tanah besar Amerika Syarikat (AS).

Tindakan itu meningkatkan kebimbangan Seoul, khususnya pakatan keselamatan dengan Washington.

Media Korea Selatan dan ahli politik pembangkang negara itu mendesak AS menghidupkan semula program senjata nuklear yang ditamatkan di semenanjung berkenaan pada 1990-an.

Sesetengah pihak menyarankan jika Washington tidak bersetuju, Seoul seharusnya membangunkan keupayaan nuklear sendiri bagi memastikan ia memberi keseimbangan terhadap tindakan keganasan di semenanjung itu.

Jae-In berkata, pendekatan Seoul adalah berdasarkan deklarasi bersama untuk gencatan senjata di semenanjung berkenaan yang diisytiharkan kedua-dua Korea pada 1992. - AFP

Berita Harian X