Sabtu, 11 November 2017 | 9:06pm
FOTO hiasan.
FOTO hiasan.

Buaya sambar budak 12 tahun

MANILA: Seorang remaja perempuan berusia 12 tahun hilang selepas diserang buaya di pulau Palawan, kata polis Filipina hari ini, beberapa minggu selepas kejadian sama dilaporkan di wilayah yang popular dengan pelancong asing itu.

Budak itu mengambil air di kawasan hutan tebal pulau itu kelmarin apabila buaya menarik mangsa di depan adik beradiknya yang ketakutan.

Usaha mencari dijalankan tetapi pengawal pantai dan polis masih belum menemui sebarang tanda mengenai budak itu.

Ia adalah serangan buaya kedua di Palawan dalam masa tidak sampai sebulan.

Seorang wanita, juga ketika mengambil air, digigit buaya Oktober lalu tetapi berjaya menyelamatkan diri selepas anak saudaranya menghalau reptilia itu dengan membaling batu. - AFP

Berita Harian X