Ahad, 10 Disember 2017 | 1:28am

10 militan Daesh dibunuh di Kirkuk

KIRKUK: Tentera Iraq membunuh 10 anggota militan Daesh dalam terowong berhampiran bandar raya Kirkuk semalam, hari sama Perdana Menteri, Haider al-Abadi, mengisytiharkan perang terhadap pergerakan itu berakhir.

"Briged 16 Hashed al-Shaabi menemui terowong di pinggir Rashad dan membunuh pengebom nekad Daesh," kata kumpulan separa tentera prokerajaan dalam kenyataan.

Unit Hashed al-Shaabi memainkan peranan penting membantu tentera kerajaan dalam memerangi Daesh.

Kejayaan menawan Rashad, bandar raya di selatan Kirkuk, diumumkan 2 Oktober lalu.

Pakar kumpulan militan, Hisham al-Hashemi, bagaimanapun memberi amaran Daesh masih memberi ancaman dengan menyimpan senjata di zon padang pasir tidak berpenghuni. - AFP

Berita Harian X