Sabtu, 23 Disember 2017 | 10:08pm

Lelaki maut dibaham buaya

MANILA: Seorang lelaki yang dalam usaha mengikat botnya maut dibaham buaya ketika ribut tropika melanda pulau Palawan di barat negara itu.

Abdulsalam Binang Amerhasan, 53, mengharungi sungai dalam hujan untuk mengikat botnya, dengan air semakin meningkat ketika Ribut Tropika Tembin semakin menghampiri, menurut laporan.

Apabila Amerhasan tidak kembali ke rumah selepas sejam, isterinya mendapatkan bantuan daripada jiran yang melancarkan usaha mencari kerana percaya beliau mengalami kemalangan.

"Masyarakat segera mencari beliau di sepanjang sungai sehingga menemui mayatnya yang digigit buaya," menurut laporan.

Polis tidak berkata apa berlaku kepada buaya berkenaan.

Serangan itu adalah yang ketiga dilaporkan sejak Oktober lalu di Palawan, antara segelintir kawasan di negara itu yang masih mempunyai populasi buaya. - AFP

Berita Harian X